Nokia 2.2 Yang Dijual Pada Harga RM399 Kini Mula Teima Kemas Kini Android 10 Secara Rasmi Comments Off on Nokia 2.2 Yang Dijual Pada Harga RM399 Kini Mula Teima Kemas Kini Android 10 Secara Rasmi

Melalui ciapan terbaharu oleh Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk di HMD Global, pemilik model Nokia 2.2 kini sudahpun boleh memuat turun kemas kini utama berasaskan Android 10 bermula hari ini.

Kemas kini versi 2.300 untuk Nokia 2.2 ini akan membawakan ciri mod gelap, kawalan sistem navigasi untuk skrin penuh, kawalan tambahan untuk privasi serta lokasi, dan juga tampalan keselamatan Android untuk bulan Februari 2020.

Nokia 2.2 sebelum ini telahpun mula dijual secara rasmi di Malaysia pada Jun 2019 dengan harga jualan RM399. Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu hitam dan juga kelabu.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend