Nokia 2.1 Perkenalkan Diri Di Malaysia Pada Harga RM415 Dan Ketersediaan Bermula 17 Ogos 2018 Comments Off on Nokia 2.1 Perkenalkan Diri Di Malaysia Pada Harga RM415 Dan Ketersediaan Bermula 17 Ogos 2018

HMD Global yang menerajui Nokia Malaysia hari ini memaklumkan bahawa peranti Nokia 2.1 akan mula dijual bermula 17 Ogos 2018 (esok) di kesemua wakil penjual sah Nokia seluruh negara. Harga yang ditawarkan pula ialah RM415 seunit.

Baca juga: Nokia 2.1 Sokong Speaker Stereo, Bateri 4000 mAh, Dan Dioperasikan Dengan Android Go

Nokia 2.1 merupakan peranti dengan spesifikasi asas yang dijalankan oleh Android Oreo (Go Edition). Dikuasakan dengan bateri sebesar 4,000mAh, peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari. Dipadankan bersama paparan skrin 5.5-inci, Nokia 2.1 dikatakan mampu memberikan prestasi 50% lebih pantas berbanding model terdahulu iaitu Nokia 2.

Nokia 2.1 boleh didapatkan dengan dua pilihan warna iaitu Blue/Copper atau Grey/Silver. Layari Facebook Nokia Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Spesifikasi:

  • Skrin 5.5-inci 16:9 HD
  • Qualcomm Snapdragon 425
  • Android 8.1 Oreo (Go Edition)
  • 1GB RAM + 8GB storan
  • Sokong kad microSD sehingga 128GB
  • Sokong OTG, microUSB, bicu audio, LTE Cat.4
  • Kamera utama 8MP LED flash
  • Kamera depan 5MP
  • Bateri 4,000mAh
  • Speaker stereo
  • Berat 174g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend