Nokia 1 Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM329 Bermula 2 Mei Ini Comments Off on Nokia 1 Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM329 Bermula 2 Mei Ini

HMD Global selaku pengeluar telefon Nokia hari ini telah mengumumkan kehadiran telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Nokia 1 Plus, peranti kelas permulaan yang dioperasikan Android 9 Pie (Go Edition).

Nokia 1 Plus hadir dengan paparan skrin bersaiz 5.45-inci IPS FWVGA+ bernisbah 18:9 dengan janaan cipset MediaTek MT-6739WW empat teras. Peranti ini juga mengenakan memori RAM 1GB dan storan 8GB yang boleh diperluaskan melalui kad microSD.

Nokia 1 Plus dilengkapi kamera depan 5MP FF dan kamera belakang 8MP AF dengan flash. Ia turut menyokong sambungan dwi-SIM selain menggunakan sambungan microUSB untuk mengecas bateri sebesar 2,500mAh. Dengan sekali pengecasan penuh, Nokia 1 Plus mampu bertahan selama 12.7 jam masa bercakap atau 83.3 jam masa memainkan muzik.

Nokia 1 Plus ditawarkan pada harga RM329 malah pakej pembelian turut didatangkan bersama kepala pengecas, kabel, fon telinga, panduan permulaan, dan juga peranti. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya mulai 2 Mei di semua wakil penjual sah seluruh negara. Dua pilihan warna yang ditawarkan adalah Biru dan Merah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend