Nokia 1 Dioperasikan Dengan Android Go Akan Dijual Bermula 13 April 2018 Pada Harga RM339 Comments Off on Nokia 1 Dioperasikan Dengan Android Go Akan Dijual Bermula 13 April 2018 Pada Harga RM339

HMD Global hari ini dengan rasminya telah melancarkan sebuah peranti Android mampu milik keluarannya dengan kehadiran Nokia 1 yang dioperasikan dengan Android Oreo (Android Go) untuk pasaran Malaysia.

Walaupun Nokia 1 dikategorikan sebagai telefon pintar asas, ia dilihat mampu memenuhi keperluan pengguna dengan penyediaan dua slot kad SIM serta sambungan rangkaian 4G LTE yang mampu menyokong kelajuan muat turun mencecah sehingga 150Mbps. Nokia 1 turut dikuasakan oleh pemproses empat teras dari MediaTek MT6737M berkelajuan 1.1GHz, ruang storan 8GB, RAM 1GB, slot kad microSD sehingga 128GB, kamera utama 5 Megapiksel, kamera hadapan 2 Megapiksel dan juga bateri berkapasiti 2,150 mAh yang boleh dikeluarkan dari slotnya.

Sokongan paparan skrin berukuran 4.5 inci IPS dengan resolusi 854 x 480 piksel ini turut membolehkan Nokia 1 untuk mengoperasikan aplikasi Android edisi Go seperti Google Go, Google Maps, YouTube Go dan Google Assistant yang telah dioptimumkan agar lebih lancar dan pantas.

 

Nokia 1 dengan pilihan warna merah dan biru boleh dibeli mulai 13 April 2018 ini dengan harga jualan RM339. Setiap pembelian Nokia 1 akan turut menerima cover Xpress-on secara percuma (selagi stok masih ada). Cover Xpress-on juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM39.90 untuk dua warna pilihan iaitu biru langit, kelabu, kuning dan merah jambu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend