NIVEA MEN Anjur Pertandingan ‘e-MYpadang Championship’ Dengan Perlawanan FIFA Online 3 Comments Off on NIVEA MEN Anjur Pertandingan ‘e-MYpadang Championship’ Dengan Perlawanan FIFA Online 3 1389

Pakar produk penjagaan kulit, NIVEA MEN hari ini telah mengumumkan pertandingan e-sukan anjurannya yang pertama di Malaysia dengan ‘NIVEA MEN e-MYpadang Championship’. Melalui perlawanan FIFA Online 3, pertandingan ini akan menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM30,000 untuk dimenangi.

Peringkat kelayakan akan diadakan secara online di empat kawasan di seluruh Malaysia iaitu Kawasan Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor) yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2018Kawasan Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) pada 20 Oktober 2018, Kawasan Selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) pada 27 Oktober 2018, dan juga Kawasan Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) pada 3 November 2018.

Lapan pemain daripada setiap pusingan kelayakan akan mara ke peringkat Grand Finals yang akan diadakan pada 10 dan 11 November 2018 bertempat di Kuala Lumpur. Bagi anda yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila layari NIVEA MEN e-MYpadang Championship untuk pendaftaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend