Nintendo Switch Lite Dalam Warna Merah Jambu Akan Dijual Bermula 3 April 2020 Comments Off on Nintendo Switch Lite Dalam Warna Merah Jambu Akan Dijual Bermula 3 April 2020

Dilancarkan secara rasmi pada September tahun lepas, Nintendo Switch Lite telah ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Turquoise, Gray dan juga Yellow. Dengan rekaan yang lebih kompak, ia mampu menawarkan ketahanan bateri mencecah sehingga 7 jam.

Menariknya melalui perkongsian di Twitter, Nintendo telahpun mengumumkan kehadiran Nintendo Switch Lite dalam warna baharu iaitu Coral (merah jambu).

Ditawarkan pada harga jualan yang sama dengan pilihan warna sedia ada, Nintendo Switch Lite – Coral boleh dimiliki pada harga USD199.99 (~RM832) bermula 3 April 2020 nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend