Nintendo Switch Lite Bakal Dilancarkan Pada 20 September Nanti Dengan Rekaan Lebih Kompak Comments Off on Nintendo Switch Lite Bakal Dilancarkan Pada 20 September Nanti Dengan Rekaan Lebih Kompak 229

Kemunculan Nintendo Switch di pasaran sebelum ini telah berjaya mendapat perhatian ramai kerana menampilkan rekaan unik yang membolehkan alat kawalannya (Joy-Con) dipisahkan daripada kerangka utama. Malah ia juga boleh dimainkan dalam pelbagai mod berbeza, termasuklah mod TV, tablet ataupun handheld.

Perbandingan saiz Nintendo Switch (238.76 x 101.6 x 13.97mm / 399g) dan Nintendo Switch Lite (208.28 x 91.44 x 13.97mm / 277g)

Menariknya baru-baru ini Nintendo telah mengesahkan akan hadir dengan satu lagi model terbaharunya dari siri itu melalui penawaran Nintendo Switch Lite. Sebagaimana nama yang digunakannya, model baharu ini tampil dalam rekaan yang lebih kompak dengan rekaan butang kawalan terbina-dalam. Ini bermaksud anda tidak boleh memisahkan pad kawalan dari kerangka utama seperti model terdahulu.

Nintendo Switch Lite yang hanya boleh dimainkan dalam mod handheld dengan sokongan paparan skrin sentuh berukuran 5.5 inci, berbanding 6.2 inci pada Nintendo Switch. Walaupun hadir dalam rekaan kompak, Nintendo Switch Lite mampu menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik iaitu antara 3 hingga 7 jam, bergantung kepada jenis permainan.

Dijadualkan akan dilancarkan pada 20 September 2019 nanti, Nintendo Switch Lite tersedia dalam tiga warna iaitu kuning, kelabu dan  turquoise. Ia telah disahkan akan dijual pada harga USD199.99 iaitu sekitar RM824.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend