Nikmati Rebat RM50 Untuk Pembelian Produk Berjenama PUMA, Eksklusif Untuk Pengguna HUAWEI Comments Off on Nikmati Rebat RM50 Untuk Pembelian Produk Berjenama PUMA, Eksklusif Untuk Pengguna HUAWEI 325

Bagi anda yang memiliki peranti HUAWEI, kini anda boleh mendapatkan pelbagai ganjaran hebat yang ditawarkan eksklusif melalui aplikasi HUAWEI Member Center. Sekiranya anda bercadang untuk membeli sepasang kasut baharu, melalui aplikasi ini anda boleh menebus rebat bernilai RM50 untuk pembelian produk berjenama PUMA sehingga 31 Ogos 2019 ini sahaja.

Untuk menggunakan rebat yang telah ditebus, anda perlu membuat pembelian minimum bernilai RM200 di dalam satu resit, dan ia hanya sah untuk produk dengan harga normal sahaja sehingga 31 Mac 2020 nanti. Anda hanya perlu menunjukkan kod unik yang dipaparkan pada skrin peranti HUAWEI di mana-mana kedai PUMA yang terpilih sahaja.

Senarai kedai PUMA yang terlibat:

  • Lembah Klang
    • Suria KLCC
    • Pavilion KL
    • Sunway Pyramid
    • The Gardens
    • One Utama
    • IOI City Mall
  • Pulau Pinang
    • Gurney Plaza
    • Gurney Paragon
    • Queensbay Mall
  • Melaka
    • AEON Bandaraya Melaka
  • Johor
    • Komtar JBCC
    • AEON Tebrau City

Cara-cara untuk menebus rebat RM50 untuk produk PUMA di HUAWEI Member Center:

Langkah 1


→ Jika anda tidak memiliki aplikasi HUAWEI Member Centre, akses aplikasi HUAWEI HiCare dan pada ruangan carian taip ‘Member Center’.

Langkah 2


→ Akses aplikasi HUAWEI Member Center dan pada klik di ruangan ‘Rewards’ yang terletak di bahagian bawah, dan klik pada menu ‘Discount of PUMA’.

Langkah 3


→ Klik pada pada butang ‘Claim’ untuk menebus rebat RM50 yang ditawarkan.

Langkah 4


→ Untuk menggunakan rebat itu, anda hanya perlu mengunjungi mana-mana kedai PUMA yang mengambil bahagian, dan klik sahaja pada butang ‘USE’ bagi memaparkan kod QR untuk diimbas oleh jurujual.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend