Nikmati Peluang Bermain ‘Claw Machine’ Apabila Anda Membeli Di Satu Gadget, Menara PGRM Comments Off on Nikmati Peluang Bermain ‘Claw Machine’ Apabila Anda Membeli Di Satu Gadget, Menara PGRM

Bermula hari ini, setiap pelanggan yang membuat pembelian mana-mana produk yang dijual melalui Satu Gadget yang terletak di Menara PGRM Cheras, anda berpeluang untuk menikmati peluang bermain ‘claw machine’ secara percuma.

Untuk mendapatkan peluang menarik ini, anda perlu membuat pembelian mana-mana produk dengan nilai minimum bernilai RM1,000 untuk memperolehi 1 token percuma. Manakala pembelian produk bernilai RM2,000 dan ke atas akan berpeluang memperolehi 2 token untuk bermain ‘claw machine’, dan tambahan token akan diberikan bagi setiap RM1,000 berikutnya.

Setiap token yang diterima membolehkan pelanggan membuat satu percubaan percuma untuk memenangi pelbagai plush toys. Jadi bagi yang bercadang untuk membeli telefon pintar, tablet ataupun aksesori, anda bukan sahaja akan menerima pelbagai hadiah percuma yang ditawarkan, tetapi akan turut berpeluang mencuba permainan ‘claw machine’ secara percuma.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelbagai promosi dan juga produk yang ditawarkan, anda boleh layari laman rasmi www.satugadget.com.my, Facebook rasmi www.facebook.com/satugadget ataupun kunjungi Satu Gadget di alamat berikut:

SATU GADGET PREMIUM STORE

L1.01 & L1.08, Level 1, Tower 2 Menara PGRM,
Jalan Pudu Ulu, Taman Pertama, Cheras
56100 Kuala Lumpur

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend