Nikmati Diskaun Sehingga 80% Sempena Ulang Tahun Ke-5 ‘Huawei Online Official Store’ – 22 Hingga 12 Mei 2019 Comments Off on Nikmati Diskaun Sehingga 80% Sempena Ulang Tahun Ke-5 ‘Huawei Online Official Store’ – 22 Hingga 12 Mei 2019

Bersempena sambutan ulang tahun ke-5 ‘Huawei Online Official Store’, Huawei Malaysia telah menganjurkan pelbagai tawaran istimewa bermula 22 hingga 30 April 2019 ini. Sepanjang tempoh promosi berlangsung, anda  boleh menikmati diskaun untuk peranti terpilih, hadiah percuma yang hebat, jualan kilat dan juga permainan interaktif yang menjanjikan baucar tunai, dan juga ulas dan menang.

Promosi #1 – ‘Grow Your Money’ (24 hingga 28 April 2019)


Untuk mendapatkan belian terbaik dengan potongan harga yang menarik, anda boleh membuat bayaran deposit bermula RM20 hingga RM80 bagi menikmati diskaun sehingga RM400 untuk peranti terpilih. Pembayaran deposit boleh dibuat bermula 24 hingga 28 April 2019 ini, dan baki bayaran perlu diselesaikan pada 29 April 2019.


Sebagai contoh, Huawei Mate 20 X yang dijual pada harga rasmi RM2,899 akan boleh dibeli pada harga hanya RM2,659 (diskaun RM240) dengan hanya membayar deposit bernilai RM60 sahaja.

Promosi #2 – ‘Birthday Treats For You’ (24 hingga 30 April 2019)


Bagi meraikan ulang tahun Huawei Online Official Store yang ke-5, Huawei Malaysia turut menawarkan belian lebih berbaloi untuk telefon pintar, tablet dan juga komputer riba terpilih. Sepanjang tempoh seminggu promosi, anda akan menerima hadiah percuma yang menarik bergantung kepada peranti yang anda beli.

Promosi #3 – ‘Daily Flash Sales’ (24 hingga 29 April 2019)


Huawei Malaysia akan turut menganjurkan jualan kilat untuk pelbagai aksesori keluarannya dengan potongan harga mencecah sehingga RM200. Jualan kilat akan diadakan pada jam 12pm, bermula 24 hingga 28 April 2019 ini. Manakala pada 29 April 2019 pula, jualan kilat akan diadakan dalam tiga sesi berbeza iaitu jam 9am, 12pm dan 3pm.

Promosi #4 – ‘P-Series members’ (22 hingga 28 April 2019)


Bermula hari ini (22 April) hingga 28 April 2019 (12pm) nanti, pemilik siri Huawei P9, P10 dan juga P20 boleh menaik taraf ke siri Huawei P30 dan setiap belian akan turut menerima Huawei Band 3 bernilai RM239 secara percuma. Untuk menikmati tawaran ini, anda hanya mengesahkan nombor siri sepanjang tempoh yang dinyatakan dan baucar bernilai RM239 akan dikreditkan ke dalam akaun Huawei Online Official Store anda dalam tempoh 24 jam.


Lebih istimewanya, anda boleh mendapatkan Huawei Band 3, sarung pelindung dengan pengecasan tanpa wayar dan juga pengecas kereta secara percuma, apabila anda membuat pembelian siri Huawei P30 pada 29 hingga 30 April 2019. Tawaran ini hanya terhad untuk 500 pembeli terawal sahaja.

Promosi #5 – ‘Race Master’ (22 hingga 28 April 2019)


Anda boleh menyertai permainan perlumbaan bermula hari ini (22 April) hingga 28 April 2019, dan setiap penyertaan akan menerima baucar bernilai RM10 secara percuma untuk pembelian produk Huawei. Manakala lapan (8) pemain dengan pungutan mata tertinggi pula akan menerima baucar bernilai RM50 untuk pembelian siri Huawei Y ataupun siri Huawei Nova. Untuk menyertainya, imbas kod QR yang terdapat dalam imej di atas.

Promosi #6 – ‘Review & Win’ (30 April hingga 12 Mei 2019)


Sepanjang tempoh promosi ini, anda hanya perlu mengakses ke laman ‘Product Page’ yang telah anda beli mana-mana produk Huawei sebelum ini. Tinggalkan ulasan peribadi anda terhadap barangan yang telah dibeli dan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas ulasan dikongsikan, anda akan menerima baucar aksesori bernilai RM30 secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend