Nikmati Diskaun Istimewa Untuk Peranti Xiaomi Terpilih Sempena Promosi ‘Mi Fan Festival 2019’ Comments Off on Nikmati Diskaun Istimewa Untuk Peranti Xiaomi Terpilih Sempena Promosi ‘Mi Fan Festival 2019’

Bermula tengah malam ini (12am, 6 April 2019), anda boleh menikmati potongan harga yang menjanjikan nilai belian yang lebih berbaloi untuk peranti Xiaomi terpilih sempena promosi ‘Mi Fan Festival 2019’.

Promosi yang berlangsung selama satu hari pada 6 April 2019 ini akan diadakan melalui platform e-dagang popular iaitu Lazada dan juga Shopee. Sepanjang promosi ini berlangsung, anda boleh memiliki Pocophone F1 (6GB + 64GB) pada harga istimewa iaitu hanya RM1,149, Xiaomi Redmi 6A pada harga RM349, Mi Sensor Set dengan hanya RM299, Mi Dashcam berharga RM229, dan banyak lagi.

Lebih menariknya, anda juga sudah boleh membuat pembelian telefon pintar mercu terbaharu iaitu Xiaomi Mi 9 (6GB + 64GB) secara eksklusif di Lazada pada harga RM1,699. Selain model telefon pintar, pelbagai aksesori keluaran Xiaomi juga turut ditawarkan pada harga istimewa.

Nikmati lebih penjimatan sempena ‘Mi Fan Festival 2019’:

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Dengan Snapdragon 855, Tiga Kamera AI 48MP dan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Kini Rasmi – Harga Bermula RM1,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend