Nexus Player Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android P Comments Off on Nexus Player Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android P

Pada tahun 2014 yang lalu, Google telah melancarkan Nexus Player yang dibangunkan hasil kerjasama antara Google, Intel dan juga ASUS. Di awal kemunculannya, Nexus Player yang merupakan peranti perama yang menggunakan platform Android TV ini telah dioperasikan oleh Android 5.0 Lollipop.

 

Walaupun sudah lama dihentikan pengeluarannya, Google dilihat masih lagi menawarkan pelbagai ciri baharu pada Nexus Player dan ini jelas dapat dilihat melalui penawaran sokongan servis Google Assistant pada tahun lepas.

Namun begitu, selepas ini tiada lagi fungsi baharu yang akan ditawarkan pada Nexus Player kerana baru-baru ini Google telah mengesahkan bahawa peranti itu tidak akan menerima kemas kini Android P. Tambahan pula versi terbaru Nexus Player dengan sokongan perkakasan yang lebih baik pernah tertiris di Internet sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend