Netflix Untuk Android Kini Dilengkapi Fungsi ‘Screen Lock’ Untuk Mengatasi Sentuhan Tak Disengajakan Comments Off on Netflix Untuk Android Kini Dilengkapi Fungsi ‘Screen Lock’ Untuk Mengatasi Sentuhan Tak Disengajakan

Apabila menonton filem atau siri TV kegemaran di Netflix menggunakan telefon pintar, perkara yang paling menjengkelkan adalah tersentuh salah satu daripada butang tanpa disengajakan.

Nampaknya Netflix telah memperkenalkan fungsi khas untuk mengatasi sentuhan skrin tanpa disengajakan dengan penyediaan butang ‘Screen Lock’. Apabila fungsi ini diaktifkan, kesemua butang kawalan akan disembunyikan dan ini mampu mengelakkan anda daripada tertekan butang seperti ‘Next episode’ tanpa disengajakan.

Bahkan anda perlu menekan butang ‘Screen Locked’ itu sebanyak dua kali untuk mengesahkan bahawa anda mahu menyahaktifkan fungsi tersebut. Menurut portal 9to5Google, fungsi ini sudah mula ditawarkan pada peranti Android, dan masih lagi belum diterima oleh peranti iOS.

Muat turun aplikasi Netflix:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend