Netflix Tambah Baik Fungsi Kawalan Ibu Bapa Comments Off on Netflix Tambah Baik Fungsi Kawalan Ibu Bapa

Netflix telah memperkenalkan fungsi kawalan ibu bapa pada 2018, ia membolehkan ibu bapa menyekat kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh anak-anak mereka. Kini fungsi itu telah ditambah baik dengan menawarkan lebih banyak kawalan yang meliputi hampir keseluruhan profil.

Perlindungan PIN yang sebelum ini hanya boleh menyekat filem atau drama bersiri kini mempunyai lebih banyak sekatan yang mana anda boleh menghadkan tontonan untuk profil kanak-kanak mengikut kumpulan umur yang dipilih.

Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menyekat tajuk khusus seterusnya Netflix akan menyembunyikan sepenuhnya tajuk itu daripada profil kanak-kanak. Malahan ibu bapa juga boleh melihat apakah tajuk ang pernah ditonton oleh anak kecil mereka.

Satu lagi fungsi menarik ialah anda kini boleh memadam ciri autoplay untuk episod seterusnya pada akaun kanak-kanak yang mana dapat mengelakkan anak-anak daripada terleka di depan kaca skrin.

Semua tetapan ini boleh dibuat melalui komputer atau telefon pintar dengan menekan butang tetapan akaun, selepas itu pilih ‘Profile and Parental Controls‘.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend