Nestlé Lancar Kempen ‘Super Brand Day’ Pertama Dengan Kerjasama Shopee Comments Off on Nestlé Lancar Kempen ‘Super Brand Day’ Pertama Dengan Kerjasama Shopee

Syarikat F&B terbesar di Malaysia, Nestlé dengan kerjasama Shopee hari ini melancarkan kempen yang dinamakan Nestlé Super Brand Day. Kempen jualan hebat ini akan berlangsung selama tujuh hari bermula dari 25 hingga 31 Mac 2019 di gedung dalam talian Shopee. Sepanjang minggu, pengguna boleh menikmati tawaran promosi menarik untuk seluruh rangkaian produk Nestlé.

Pada masa sama, kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan produk terbaharu Nestlé iaitu NESCAFÉ Cold Brew stik yang juga merupakan produk Nestlé pertama dilancarkan secara eksklusif menerusi platfom e-dagang. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa produk terbaharu seperti MAGGI Pedas Giler dengan perisa – Ayam Bakar, Tom Yummz, dan Seafood Berapi selain Granola Protein MILO, bijirin penuh MILO, serta Nestlé JUSTMILK Strawberi.

CEO Nestlé, Juan Aranols berkata “e-dagang membuka peluang yang luas untuk menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara yang baharu dan menarik. Nestlé bertekad untuk memuaskan hati pengguna dan mempelopori inovasi dalam usahanya meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat. Kami sangat gembira untuk menganjurkan Nestlé Super Brand Day sulung bersama Shopee, dan menjanjikan pengalaman beli-belah pertama kali yang serba menarik kepada semua pembeli dalam talian Malaysia.”

Menerusi usaha sama dengan Shopee, kami bercadang untuk terus meluaskan asas pelanggan kami dan menawarkan pengalaman beli-belah lebih baik yang memberikan nilai lebih tinggi kepada rakyat Malaysia,” tambahnya.

Di majlis pelancaran, para tetamu berpeluang untuk mencuba sendiri inovasi produk terkini Nestlé, iaitu NESCAFÉ Cold Brew stik, yang merupakan kopi Cold Brew (bancuhan sejuk) segera pertama Malaysia. Kopi diproses dengan teknik khas menggunakan biji kopi Colombia terbaik yang dibru dalam proses perlahan menggunakan air sejuk, menghasilkan perisa kopi yang unik dan licin. Dalam lawatan menarik ini, para tetamu juga dapat menyaksikan demonstrasi secara langsung yang mengetengahkan produk lain Nestlé yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee.

Layari https://shopee.com.my/nestlesbd untuk merebut pelbagai tawaran menarik!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend