Negara Ini Catat Empat Lagi Kes Baharu COVID-19, Kesemuanya Warganegara Malaysia Comments Off on Negara Ini Catat Empat Lagi Kes Baharu COVID-19, Kesemuanya Warganegara Malaysia

Melalui perkongsian terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini terdapat empat lagi kes baharu COVID-19 setakat jam 2 petang hari ini (2 Mac 2020). Daripada keseluhan 29 kes, 22 pesakit telahpun sembuh dan discaj. Ini termasuklah 6 warga tempatan, 15 warga China dan seorang warga AS, manakala 7 pesakit lagi masih menerima rawatan di hospital di Lembah Klang.

KES BAHARU KE-26:
Kes ke-26 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada sekitar periengahan bulan Januari 2020, dan mula mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 27 Februari 2020. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dari sebuah hospital swasta pada hari yang sama.

Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positilf pada 29 Februari 2020, dan telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya. Siasatan punca jangkitan dan pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.

KES BAHARU KE-27:
Kes ke-27 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 20 tahun dan merupakan seorang jururawat pelatih. Beliau menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kes berkenaan.

Pada 21 dan 22 Februari 2020, beliau telah mengendalikan kes terbabit tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri (personal protective equipment; PPE) seperti disarankan. Pada 27 Februari 2020, beliau mula mengalami gejala batuk. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020, dan kini telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

KES BAHARU KE-28:
Kes ke-28 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 45 tahun dan merupakan rakan sekerja kepada kes ke-25. Beliau bersama-sama dengan kes ke-25 dan seorang lagi rakan sekerja mempunyai sejarah perjalanan ke Milan, Itali pada 15 hingga 21 Februari 2020. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan, beliau telah dikesan dan didapati mempunyai gejala sejak 26 Februari 2020. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020, dan kini telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

KES BAHARU KE-29:
Kes ke-29 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Terdahulu, beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari 2020 dan telah ditempatkan di bilik berdua dengan kes ke-24; yang pada ketika itu belum diketahui dijangkiti COVID-19. Pada 25 Februari 2020, beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Pada 27 Februari 2020, beliau mula merasa tidak sihat dan mengalami gejala demam dan batuk.

Namun, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapal kepada kes ke-24. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020, dan kinitelah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend