Naib Presiden OPPO Mendedahkan Rekaan Prototaip Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Comments Off on Naib Presiden OPPO Mendedahkan Rekaan Prototaip Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat 329

Tahun 2019 bakal menjadi trend untuk para pengeluar memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat, dan trend ini telah dimulakan dengan pengumuman Samsung Galaxy Fold dan juga Huawei Mate X.

Tidak mahu ketinggalan dengan penawaran telefon pintar yang menampilkan rekaan inovasi ini, Naib Presiden OPPO telah berkongsi rekaan prototaip telefon pintar yang sedang dibangunakannya itu di laman Weibo. Jika dilihat pada rekaan peranti yang masih belum memiliki nama itu, paparan skrin boleh dilipat kepada dua bahagian mirip seperti rekaan Huawei Mate X.

Walaupun tiada sebarang spesifikasi didedahkan, telefon pintar dengan skrin boleh lipat daripada OPPO ini memiliki rekaan yang lebih lebar dan tidak begitu mesra untuk penggunaan sebelah tangan. Tetapi memandangkan ia masih lagi dalam fasa prototaip, rekaannya mungkin akan menerima sedikit perubahan apabila dilancarkan kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend