Naib Presiden Lenovo Mengacah Peranti Dengan Kamera 100MP Comments Off on Naib Presiden Lenovo Mengacah Peranti Dengan Kamera 100MP

Pada acara MWC 2019 yang lepas, Lenovo telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Lenovo Z6 Pro dengan keupayaan 5G. Pada masa sama telah memberitahu peranti tersebut akan dilengkapi teknologi yang dinamakan HyperVision pada bahagian kameranya.

Pengumuman yang dibuat pihak Lenovo turut menjelaskan mereka kini bersedia untuk memenuhi permintaan pengguna yang inginkan imej dan video beresolusi tinggi pada sebuah telefon pintar. Jadi untuk telefon pintar seterusnya (Lenovo Z6 Pro) akan dilengkapi sensor mencapai 100 Megapiksel.

Hari ini, di akaun Weibo Naib Presiden Lenovo, beliau telah memuat naik satu status berbau acahan mengenai kamera 100MP diikuti tagar Lenovo Z6 Pro. Ini bermakna pengeluar dari China ini dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti dengan kamera berteknologi tinggi tidak lama lagi.

Terdahulu, Qualcomm telah mengesahkan peranti dengan kamera 64MP dan 100MP akan mula dikeluarkan bermula tahun ini.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend