Naib Presiden HUAWEI Sahkan HongMeng OS Bukan Untuk Telefon Pintar Comments Off on Naib Presiden HUAWEI Sahkan HongMeng OS Bukan Untuk Telefon Pintar 251

HongMeng OS sebelum ini telah dilaporkan bakal menggantikan sistem operasi Android pada telefon pintar HUAWEI. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, ada khabar angin yang mengatakan HongMeng OS tidak akan digunakan pada telefon pintar.

Hari ini persoalan itu telah terjawab apabila Naib Presiden HUAWEI sendiri mengesahkan bahawa ia tidak akan menggantikan Android sebaliknya dibangunkan untuk kegunaan perniagaan dan IoT (peranti berasaskan internet) sahaja.

Catherine Chen dalam temu bual bersama media di Brussels, Belgium memberitahu HongMeng OS memang benar telah ditanda dagang tetapi ia dicipta untuk tujuan kegunaan perindustrian. Malahan HUAWEI sendiri telah membangunkannya sebelum perbincangan untuk menggantikan Android berikutan perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China.

Chen menambah, HongMeng OS memiliki kod garisan yang lebih sedikit iaitu ratusan daripada ribuan berbanding jutaan pada sistem operasi telefon pintar lain. Selain itu, sistem operasi ciptaan HUAWEI juga mempunyai latensi yang sangat rendah jika mahu dibandingkan dengna sistem operasi lain.

Memandangkan Amerika Syarikat telah membuka semula laluan perniagaan kepada HUAWEI, HongMeng OS berkemungkinan akan digunakan pada sistem 5G dan banyak lagi peralatan IoT pada masa akan datang.

Baca juga:

TV Pintar Pertama Keluaran HUAWEI Dipercayai Akan Dioperasikan Oleh HongMeng OS

Raja Dubai ‘Payung’ Iklan Huawei Bernilai $1 Juta Di Menara Burj Khalifa

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend