Mungkinkah OnePlus 7 Nanti Menyokong Rekaan Skrin Penuh Dengan Kerangka Jenis Gelongsor?! 0 389

OnePlus boleh dianggap sebagai salah satu jenama yang tidak begitu mengecewakan kerana ia bukan sahaja menawarkan peranti dengan sokongan spesifikasi yang terbaik, tetapi dari segi rekaan juga ia boleh dikatakan masih mengikuti trend semasa.

Jika OnePlus 6T dahulu diperkenalkan sebagai versi penambahbaikan untuk model OnePlus 6, baru-baru ini ada pengguna di Twitter dilihat telah berkongsi sebuah peranti misteri yang dipercayai merupakan model OnePlus 7. Ini kerana peranti misteri itu telah menggunakan imej latar yang terselit perkataan ‘Never Settle’, dan diletakkan bersebelahan dengan model OnePlus 6T.

OnePlus 6T sebelum ini menampilkan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air bagi menggantikan rekaan takuk yang agak lebar pada OnePlus 6.

Apa yang menarik perhatian kami, peranti misteri yang didakwa sebagai OnePlus 7 itu dilihat menyokong rekaan paparan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Bahkan ia juga dilihat tidak lagi disediakan dengan kamera swafoto pada panel depan peranti tersebut.

Berdasarkan kepada sarung pelindung yang sering digunakan pada peranti prototaip itu juga, terdapat lubang khas pada bahagian atasnya yang dipercayai untuk memberi ruang kepada kamera swafoto dan juga sensor. Pendedahan awal ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa OnePlus 7 mungkin hadir dengan kerangka jenis gelongsor mirip seperti Honor Magic 2 dan juga Xiaomi Mi MIX 3.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend