Mungkinkah Ini Skor Ujian Penanda Aras Geekbench Yang Diperolehi Oleh Qualcomm Snapdragon 865?! Comments Off on Mungkinkah Ini Skor Ujian Penanda Aras Geekbench Yang Diperolehi Oleh Qualcomm Snapdragon 865?! 375

Dikongsikan melalui pangkalan data Geekbench, baru-baru ini sebuah peranti misteri yang dikuasakan dengan Snapdragon 865 yang telah dioperasikan oleh Android 10, dan juga RAM berkapasiti 6GB dilihat telah mula tertiris. Melalui pendedahan itu, cipset lapan teras ini turut menggunakan teras dengan frekuensi asas berkelajuan 1.8GHz.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, ia dilihat telah berjaya mencatatkan prestasi paling tinggi berjaya dicatatkan oleh peranti Android buat masa ini. Ini jelas dapat dilihat melalui prestasi single-core yang mencatatkan skor mencecah 4149 poin, manakala skor untuk multi-core pula mencecah 12,915 poin.

Namun begitu, kesahihan maklumat ini masih lagi belum dapat disahkan kesahihannya kerana sebelum ini ketirisan skor ujian penanda aras Geekbench untuk Pocophone F1 Lite dan Pocophone F2 pernah didakwa sebagai palsu. Jadi sama-sama kita nantikan pendedahannya pasa masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend