Muka Jam HUAWEI Watch GT 2 Tertiris, Jam Tangan Pintar Pertama Sokong Harmony OS Comments Off on Muka Jam HUAWEI Watch GT 2 Tertiris, Jam Tangan Pintar Pertama Sokong Harmony OS 258

Pada 19 September 2019 nanti, HUAWEI bukan sahaja akan memperkenalkan telefon pintar baharu keluarannya, tetapi di dalam acara itu juga akan menyaksikan kemunculan jam tangan pintar generasi baru.

Sebagaimana yang kita ketahui, model Watch GT yang dilancarkan pada tahun lepas serentak dengan siri Mate 20, bakal digantikan dengan model baharu iaitu Watch GT 2. Apa yang menariknya, jam tangan pintar terbaharu daripada HUAWEI itu nanti telah dikhabarkan akan menjadi model yang pertama akan dioperasikan dengan platform Harmony OS.

Berdasarkan permohonan sembilan paten rekaan muka jam yang dihantar oleh HUAWEI ke Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) yang bertarikh 4 September 2019, portal letsgodigital telah berjaya mendedahkan penampilan awal muka jam untuk Watch GT 2 yang berasaskan daripada Harmony OS.

HUAWEI Watch GT 2 Classic

Sebelum ini rekaan awal HUAWEI Watch GT 2 telahpun berjaya dikongsikan di Internet, yang mana ia dilaporkan akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu Classic dan juga Sport.

Baca juga:

Imej Rasmi HUAWEI Watch GT 2 Dengan Rekaan Bezel Lebih Nipis Dan Bateri Lebih Besar Kini Tertiris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend