Muat Turun Tema EMUI 9 Dan Wallpaper Eksklusif Daripada Huawei P30/P30 Pro Pada Peranti Anda! Comments Off on Muat Turun Tema EMUI 9 Dan Wallpaper Eksklusif Daripada Huawei P30/P30 Pro Pada Peranti Anda!

Seperti yang telah diumumkan, Huawei Malaysia akan melancarkan siri Huawei P30 secara rasmi di negara ini pada 2 April 2019. Sekiranya anda sudah tidak sabar-sabar atau tidak memiliki bajet untuk memilikinya, mungkin anda boleh memuat turun tema EMUI 9 dan juga wallpaper eksklusif siri Huawei P30 pada peranti Huawei atau Honor.

Muat turun wallpaper siri Huawei P30 dengan resolusi penuh di SINI

Kesemua wallpaper eksklusif siri Huawei P30 ini tampil dalam saiz resolusi 2340 x 2340 piksel dan anda boleh menetapkannya sebagai wallpaper statik ataupun yang boleh dileret (scrollable). Terdapat sebanyak 12 rekaan wallpaper boleh dipilih dan fail yang perlu anda muat turun adalah bersaiz 21.4MB.

Muat turun tema EMUI 9 siri Huawei P30 di SINI

Tema Aurora Variations (kiri) dan Amber Sunrise (kanan).

Sekiranya anda memiliki telefon pintar Huawei ataupun Honor yang dioperasikan dengan EMUI 9.0, anda boleh memuat turun tema eksklusif untuk siri Huawei P30. Selepas fail sebesar 62.4MB ini dimuat turun pada peranti anda, unzip dan pindahkan fail dengan format .hwt ke folder Huawei/Honor → Themes.

Baca juga:

Huawei P30 Pro Sekali Lagi Digunakan Untuk Mengabadikan Majlis Akad Nikah Fasha Sandha

Sarung Ini Mampu Menawarkan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Huawei P30

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend