Muat Turun Aplikasi Celcom Life Untuk Menikmati Pelan Xpax Yang Diperbaharui 0 1670

Celcom hari ini telah mengumumkan aplikasi Celcom Life bagi menggantikan aplikasi Xpax yang sebelum ini digunakan oleh pengguna pelan prabayar tersebut. Dengan antaramuka yang lebih segar, aplikasi terbaru Celcom Life yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau App Store menjanjikan pengalaman yang lebih baik untuk urusan transaksi dalam talian, pembelian tambah nilai atau add-on, memantau penggunaan data dan banyak lagi.

Melalui aplikasi terbaru ini juga, pelanggan Xpax boleh menikmati pelan yang telah diperbaharui dengan tawaran tambah nilai yang lebih baik. Dengan pembelian Pelan Harian, pelanggan akan turut menerima Muzik Walla tanpa had secara percuma, dan Pelan Mingguan pula akan menawarkan akses Muzik Walla dan juga iflix premium tanpa had secara percuma. Manakala Pelan Bulanan pula akan turut disediakan dengan YouTube larut malam (1AM hingga 7AM) tanpa had dan juga akses Muzik Walla serta iflix premium tanpa had.

Selain itu Celcom juga turut menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk pelan Internet bulanan Xpax Youth (untuk pengguna di bawah umur 25 tahun), dan menawarkan tawaran untuk tempoh terhad kepada pengguna baru Xpax dengan pemberian kredit Boost RM5. Malah pelanggan yang baru berpindah ke Xpax juga akan menikmati 1GB Internet berkelajuan tinggi percuma pada setiap bulan selama 12 bulan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Celcom bluecube berdekatan dan wakil yang diiktiraf Celcom atau layari www.celcom.com.my/personal/prepaid.

Muat turun Aplikasi Celcom Life

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend