Muat Naik Video Nyanyian Lagu ‘Rasa Sayang’ Menggunakan Galaxy S9/S9+ Untuk Menyumbang RM3 Ke Tabung Harapan Comments Off on Muat Naik Video Nyanyian Lagu ‘Rasa Sayang’ Menggunakan Galaxy S9/S9+ Untuk Menyumbang RM3 Ke Tabung Harapan

Bermula hari ini hingga 10 Ogos 2018, Samsung Malaysia telah memperkenalkan inisiatif untuk memberi inspirasi kepada perpaduan negara dengan mengajak pemilik Samsung Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+ untuk memuat naik video nyanyian lagu klasik kanak-kanak ‘Rasa Sayang’ menggunakan fungsi AR Emoji. Bagi setiap video yang telah dimuat naik, Samsung akan menyumbangkan RM3 ke Tabung Harapan dalam usaha ke arah negara yang lebih baik.

Jika anda tidak memiliki salah satu daripada model ini, kunjungi mana-mana Samsung Experience Store dan anda boleh menyertai inisiatif dari Samsung ini dengan memuat naik video AR Emoji dengan nyanyian lagu ‘Rasa Sayang’ menggunakan peranti yang tersedia. Lebih menariknya, setiap penyertaan akan turut diberikan e-tiket wayang percuma untuk 200 penyertaan pertama pada hari itu.

Untuk menyertai inisiatif ‘Rasa Sayang’, anda hanya perlu mengikuti 4 langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1: Hasilkan AR Emoji peribadi anda

Langkah 2: Pilih lirik ‘Rasa Sayang’ yang anda inginkan dan rekod nyanyian anda menggunakan AR Emoji

Langkah 3: Muat naik video tersebut ke https://www.samsung.com/my/singtogethar/

Langkah 4: Isi butiran peribadi anda dan klik hantar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend