MSI Lancar Laptop Siri RTX20 Eksklusif Di Shopee – Hadir Dengan Grafik GeForce RTX Comments Off on MSI Lancar Laptop Siri RTX20 Eksklusif Di Shopee – Hadir Dengan Grafik GeForce RTX 507

MSI hari ini mengemas kini barisan laptop mereka dengan melancarkan siri permainan RTX20 untuk pengguna di Malaysia. Dua laptop MSI GL63 dan MSI GE75 ini telah diperkenalkan di acara CES 2019 yang lalu, menawarkan kad grafik GeForce RTX 2080 / 2070 / 2060.

Dicipta bagi mereka yang ‘hard core’ dalam permainan, laptop ini membawakan teknologi grafik yang lebih baik berbanding biasa. Rekaan yang ringan serta nipis membuatkan laptop MSI ini lebih mudah dibawa berbanding laptop permainan daripada jenama lain.

Selaku rakan rapat MSI, Shopee telah diberi hak eksklusif untuk menjual kedua-dua laptop ini. Bermula jam 10 malam, hari ini (29 Jan), orang ramai boleh mula membuat pra-tempah MSI GL63 dan MSI GE75 secara dalam talian.

Setiap pra-tempah akan diberi rebat sehingga RM200 disamping hadiah sampingan berupa figura MSI edisi terhad. Promosi berakhir pada 3 Feb 2019.

Rebat adalah bergantung pada nilai pembelian, sila rujuk di bawah:

  • RM1899 dan ke atas: 5000 Shopee coins (bersamaan RM50).
  • RM3899 dan ke atas: 10000 Shopee coins (bersamaan RM100).
  • RM4899 dan ke atas: 20000 Shopee coins (bersamaan RM200).
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend