Mozilla Memperkenalkan Firefox Send, Perkhidmatan Perkongsian Fail Yang Lebih Selamat Dan Mudah Comments Off on Mozilla Memperkenalkan Firefox Send, Perkhidmatan Perkongsian Fail Yang Lebih Selamat Dan Mudah 218

Mozilla hari ini melancarkan Firefox Send, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna berkongsi fail dengan lebih mudah dan privasi. Pengguna boleh memuat naik fail ke dalam sistem seterusnya berkongsi pautan (URL) kepada pengguna lain. Pengguna boleh memuat naik fail sehingga 1GB pada satu-satu masa atau cipta akaun Mozilla secara percuma untuk memuat naik fail sehingga 2.5GB.

Menariknya, pengguna boleh memilih berapa banyak kali fail tersebut boleh dimuat turun oleh penerima (sehingga 100 penerima) sebelum ianya luput. Pengguna juga boleh memilih untuk meluputkan pautan tersebut secara automatik selepas beberapa hari (maksimum 7 hari). Bagi mengelakkan pautan yang dihantar dapat dibuka oleh individu yang tidak diingini, pengguna juga boleh menyertakan kata laluan pada pautan tersebut.

Selepas mencuba Firefox Sent, kami mendapati fail yang dihantar lebih pantas diterima berbanding menggunakan emel. Malah pengguna juga tidak perlu lagi memadam fail seperti yang biasa dilakukan pada Dropbox atau sebagainya. Ini juga jalan terbaik jika anda ingin menghantar fail bersaiz besar melalui Whatsapp seperti contoh.

Bagi anda yang ingin mencuba perkhidmatan ini, anda boleh layari send.firefox.com.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend