Mozilla Bakal Perkenal Firefox Reality Khusus Untuk Set Kepala VR Dan AR Comments Off on Mozilla Bakal Perkenal Firefox Reality Khusus Untuk Set Kepala VR Dan AR

Mozilla yang merupakan pembangun kepada pelayar laman sesawang popular Firefox kini dilaporkan sedang dalam peringkat pembangunan untuk memperkenalkan versi yang dikhususkan untuk digunakan pada set kepala VR dan AR.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Mozilla melalui blog rasmi mereka, pelayar laman sesawang yang dikenali sebagai Firefox Reality ini akan menggunakan teknologi sedia ada pada Firefox biasa, tetapi ia akan digabungkan dengan teknologi enjin pelayar selari iaitu Servo.

Walaupun buat masa ini sudah ada pilihan untuk pengguna VR atau AR untuk melayari laman sesawang, ia merupakan versi yang berasaskan kepada sumber tertutup dan spesifik untuk platform tertentu sahaja. Jadi dengan adanya Firefox Reality yang berasaskan kepada sumber terbuka dan sesuai digunakan pada mana-mana peranti atau platform, ia dilihat lebih memudahkan pembangun untuk memasukkan pelayar laman sesawang ini pada platform mereka.

Mozilla sudahpun melepaskan source code dan juga developer builds, tetapi projek ini dikatakan masih lagi berada pada peringkat awal pembangunan dan ia memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadi sebuah pelayar yang lengkap.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend