Motorola P40 Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Dipercayai Akan Sokong Pemproses Exynos 9610 Comments Off on Motorola P40 Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Dipercayai Akan Sokong Pemproses Exynos 9610 309

Berita ketirisan tentang peranti pertama keluaran Motorola yang menampilkan rekaan kamera di dalam skrin iaitu model Motorola P40 telahpun tersebar melalui perkongsian imej pengolokannya pada Disember 2018. Berdasarkan khabar angin, ia akan hadir dengan paparan skrin 6.2 inci dan juga dwi kamera utama beresolusi 48MP.

Melalui pendedahan terbaru yang berjaya dioperolehi, Motorola P40 dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses kelas pertengahan keluaran Samsung iaitu Exynos 9610. Perkara ini secara tidak langsung menafikan khabar angin sebelum ini yang melaporkan ia akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 675.

Apa yang lebih menariknya, Motorola P40 dengan sokongan cipset 10nm ini juga dikhabarkan akan dioperasikan dengan platform Android One, dwi kamera 48MP + 5MP, bateri berkapasiti 3500 mAh, menyokong sambungan NFC, dan juga akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Blue dan Gold.

Motorola P40 juga dipercayai akan diperkenalkan dalam tiga varian berbeza iaitu 3GB + 32GB, 4GB + 64GB, dan juga 4GB + 128GB. Selain itu model Motorola P40 ini juga telah dilaporkan akan dilancarkan untuk pasaran global.

Sumber

Baca juga:

Gambar Pengolokkan Moto P40 Tertiris – Skrin Berlubang Dengan Dwi Kamera Belakang

Samsung Perkenal Pemproses 10nm, Exynos 9610 Dengan Rakaman Gerak Perlahan 480 fps

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend