Motorola One Vision Menampilkan Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin, Exynos 9610 Dan Bateri 3290 mAh Comments Off on Motorola One Vision Menampilkan Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin, Exynos 9610 Dan Bateri 3290 mAh

Motorola sebelum ini telahpun dilaporkan akan memperkenalkan Motorola P40 untuk pasaran di China. Kini Motorola dipercayai bakal menawarkan model yang sama untuk pasaran global yang lain dengan menggunakan nama berbeza iaitu Motorola One Vision.

Sama seperti Motorola P40, Motorola One Vision dilihat menampilkan rekaan lubang kamera swafoto pada skrin yang berukuran 6.2 inci. Dioperasikan dengan platform Android One, ia juga akan dikuasakan oleh cipset kelas pertengahan daripada Exynos 9610. Motorola One Vision juga akan ditawarkan dalam konfigurasi berbeza iaitu memori RAM berkapasiti 3GB atau 4GB, dan juga ruang storan 32GB, 64GB serta 128GB.

Adakah tarikh 3 April yang digunakan pada jam di homescreen Motorola One Vision ini merupakan tarikh pelancaran rasminya nanti?!

Hadir dengan sokongan dwi kamera, salah satu daripada lensa itu dipercayai mampu mengambil gambar beresolusi 48MP. Namun begitu, secara default, ia dipercayai akan mengambil gambar pada resolusi 12MP dan ini berkemungkinan memberi klu sokongan sensor kamera Samsung ISOCELL GM1 sama seperti model Redmi Note 7.

Berbeza dengan model Motorola P40 yang menyokong bateri berkapasiti 3500 mAh, Motorola One Vision disahkan tampil dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu hanya 3290 mAh sahaja. Tetapi ia dilihat masih mengekalkan sokongan port pengecasan jenis USB Type-C dengan teknologi pengecasan pantas 18W.

Baca juga:

Motorola P40 Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Dipercayai Akan Sokong Pemproses Exynos 9610

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend