Motorola One Disahkan Sokong Skrin 5.86″ HD+, Snapdragon 625 Dan Bateri 3000 mAh Comments Off on Motorola One Disahkan Sokong Skrin 5.86″ HD+, Snapdragon 625 Dan Bateri 3000 mAh

Melalui laman sesawang TENAA, satu lagi model terbaru keluaran Motorola dilihat akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan kemunculan model XT1941-2 atau akan dikenali sebagai Motorola One.

Motorola One menawarkan sokongan paparan skrin bernisbah 19:9 sebesar 5.86 inci dengan resolusi HD+ (1520 x 720 piksel). Sama seperti Motorola P30, Motorola One ini juga turut menyokong rekaan skrin bertakuk. Ia telah dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 2.02GHz.

Dengan ukuran 149.9 x 72.2 x 7.9mm seberat 162g, Motorola One menyokong dwi kamera hadapan dan juga dwi kamera utama yang masih belum didedahkan resolusinya. Panel belakangnya juga turut menempatkan logo Motorola yang juga berfungsi sebagai sensor pengimbas cap jari.

Dioperasikan dengan platform Android One berasaskan Android 8.1 Oreo dan bateri 3000 mAh, Motorola One akan ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu 3GB + 32GB, 4GB + 64GB dan juga 6GB + 128GB. Buat masa ini tiada maklumat berhubung harga dan juga ketersediaan di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend