Motorola Mungkin Akan Mengembalikan Kegemilangan RAZR Dengan Ketirisan Paten Peranti Boleh Lipat Comments Off on Motorola Mungkin Akan Mengembalikan Kegemilangan RAZR Dengan Ketirisan Paten Peranti Boleh Lipat

Sebelum ini Motorola pernah mendapat kelulusan paten untuk menghasilkan sebuah telefon pintar dengan sokongan skrin boleh lipat yang boleh digunakan sebagai sebuah tablet apabila skrin itu dibuka. Nampaknya Motorola hari ini telah tampil dengan satu lagi paten terbarunya yang memperlihatkan rekaan peranti dengan skrin boleh lipat yang telah dikongsikan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS.

Berbeza dengan rekaan paten sebelum ini, paten baharu ini mengembalikan semula kegemilangan siri RAZR dengan rekaan kerangka yang boleh dilipat (flip). Walaupun rekaan ini sekadar paten yang belum tentu lagi akan dikomersialkan, kehadiran unit prototaip dengan rekaan tersebut sudah tentunya mampu menarik perhatian banyak pihak terhadap jenama Motorola.

Cuma melalui ilustrasi rekaan paten yang dikongsikan ini, ia jelas memperlihatkan kehadiran saiz bezel yang sangat besar di sekeliling skrin. Jadi jika paten ini berjaya direalisasikan, diharapkan Motorola akan menawarkan rekaan yang lebih sempurna terutamanya pada saiz bezel peranti itu.

Video konsep Motorola RAZR V4 yang dihasilkan oleh TechConfigurations:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend