Motorola Moto G5 Dan G5 Plus Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Comments Off on Motorola Moto G5 Dan G5 Plus Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo

Bulan lepas Motorola telah mula menguji Android 8.0 Oreo pada peranti Moto G5 dan Moto G5 Plus, tetapi pada masa itu Lenovo tidak mengesahkan ia secara rasmi. Bagaimanapun, selepas sebulan mengujinya hari ini Motorola telah mula melepaskannya kepada para pengguna global.

Buat masa ini, yang menerimanya ialah di Mexico dengan kemas kini untuk Moto G5. Sementara pengguna di Brazil dan India mendapat kemas kini untuk Moto G5 Plus sahaja. Ketersediaan untuk pengguna di Malaysia akan mengambil sedikit masa mungkin sekitar seminggu atau dua secara berperingkat. Mungkin anda sudah terimanya?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend