Motorola Lancar Moto G6 Plus Dengan Paparan Max Vision Di India Comments Off on Motorola Lancar Moto G6 Plus Dengan Paparan Max Vision Di India

Selepas memperkenalkan Moto G6 dan Moto G6 Play, Motorola baru-baru ini telah melancarkan model yang paling teratas Moto G6 Plus ke pasaran India. Peranti ini hadir dengan paparan 18:9 yang dipanggil Max Vision FHD+ beresolusi 2160 x 1080 piksel.

Tubuh badan peranti ini dibina dengan melalui gabungan gelas dan logam. Panel belakang serta skrin paparan telah diperkukuhkan dengan teknologi Corning Gorilla Glass sekaligus ia lebih selamat daripada sebarang kesan calar. Moto G6 Plus dilengkapi cip pemproses Snapdragon 630 dan didatangkan bersama dua versi iaitu memori 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB selain sokongan kad microSD untuk kedua-duanya turut disediakan.

Pada jabatan kamera, peranti ini menggunakan sensor utama 12MP f/1.7 dan dibantu sensor kedua 5MP beserta teknologi Dual Autofocus Pixel. Manakala kamera depan pula hadir dengan sensor 16MP untuk pasaran India dan 8MP untuk pasaran global. Ciri-ciri lain antaranya LED flash, mod swafoto berkumpulan, mod kecantikan, mod manual, dan penapis wajah.

Moto G6 Plus tidak lengkap dengan ciri lain seperti pengimbas biometrik di ruang dagu depan, ciri nyahkunci peranti menggunakan wajah, sokongan dwi SIM, Bluetooth, Wi-Fi, GPS, port USB Type-C (pengecasan pantas), bicu audio, dan kerangka badan kalis percikan air.

Moto G6 Plus dijana oleh Android 8.1 Oreo terus dari kotak dan pihak Motorola juga menyatakan peranti ini akan menerima kemas kini Android Pie tidak lama lagi. Tidak ketinggalan, bateri berkapasiti 3,200mAh dengan teknologi Motorola Turbo Power boleh memberikan pengguna masa  ntuk 7 jam penggunaan hanya dalam 15 minit pengecasan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend