Moto Z3 Play Disahkan Sokong Skrin 6.1 Inci, RAM 4GB Dan Qualcomm Snapdragon 636 Comments Off on Moto Z3 Play Disahkan Sokong Skrin 6.1 Inci, RAM 4GB Dan Qualcomm Snapdragon 636

Selain siri Moto G, Motorola akan turut muncul dengan satu lagi model terbarunya dari siri Moto Z iaitu model Moto Z3 Play. Kehadirannya telah berjaya didedahkan selepas ia tersenarai di dalam FCC baru-baru ini dengan menggunakan nombor model XT-1929.

Sensor pengimbas cap jari kini ditempatkan pada butang kuasa di bahagian sisi kerangka.

Berdasarkan kepada ketirisan gambar dari pengeluar sarung pelindung Litchi Grain, jelas dapat dilihat bahawa Moto Z3 Play menyokong dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 8 Megapiksel dan juga kamera swafoto 5 Megapiksel. Panel belakangnya juga turut tersedia dengan bahagian bermagnet yang membolehkannya disambungkan ke aksesori modular seperti speaker, kamera, bateri tambahan dan sebagainya.

Moto Z3 Play yang memiliki kerangka berukuran 156.23 x 76.7mm ini disediakan dengan paparan skrin 18:9 berukuran 6.1 inci. Dengan saiz bezel yang lebih kecil, kedudukan sensor pengimbas cap jari telah dipindahkan pada butang kuasa mirip seperti rekaan yang digunakan oleh Sony Xperia sebelum ini.

Untuk pasaran Asia Pasifik (APAC), Moto Z3 Play akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu dengan sokongan satu SIM atau dua SIM. Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636 serta storan 64GB + RAM 4GB, Moto Z3 Play menawarkan sambungan Bluetooth 5.0 dan juga NFC.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend