Moto G6 Dan G6 Play Sokong Paparan Skrin 18:9 Berukuran 5.7 Inci Comments Off on Moto G6 Dan G6 Play Sokong Paparan Skrin 18:9 Berukuran 5.7 Inci

Bagi mengikuti trend semasa pasaran, Motorola bakal hadir dengan peranti yang menyokong paparan skrin 18:9 tidak lama lagi. Melalui perkongsian yang dibuat oleh satu blog dari India, siri terbaru Moto G iaitu Moto G6 dan G6 Play masing-masing akan menawarkan paparan skrin 18:9 berukuran 5.7 inci yang dikenali sebagai ‘Mas Vision’.

Moto G6 Play

Model G6 Play yang merupakan varian paling rendah antara siri Moto G6 akan dibekalkan dengan paparan dengan resolusi lebih rendah iaitu HD+ atau bersamaan dengan 1440 x 720 piksel. Ia akan dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 1.4 GHz yang dipercayai dari Qualcomm Snapdragon 430. Untuk penggambaran, G6 Play menyokong kamera 13 Megapiksel dengan teknologi Rapid Focus yang berupaya mengunci fokus dengan lebih cepat. Ketahanan baterinya pula adalah berkapasiti 4000 mAh.

Moto G6

Moto G6 pula menawarkan sokongan spesifikasi yang lebih baik dengan resolusi skrin FHD+ (2160 x 1080 piksel), dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera swafoto 16 Megapiksel, dan juga pilihan ruang storan 32GB + RAM 3GB ataupun 64GB + 4GB. Namun begitu, sokongan baterinya dilihat lebih kecil iaitu hanya 3000 mAh.

Moto G6 Play (kiri) dan Moto G6 (kanan) mengekalkan rekaan kamera seperti siri Moto G5 sebelum ini.

Moto G6 dijangka akan dijual pada harga USD249 (kira-kira RM950), manakala Moto G6 Play pula berharga USD199 (RM760).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend