Model Telefon Pintar Mercu Keluaran Redmi Dengan Snapdragon 855 Disahkan Sebagai ‘Redmi K20’ Comments Off on Model Telefon Pintar Mercu Keluaran Redmi Dengan Snapdragon 855 Disahkan Sebagai ‘Redmi K20’ 405

Berita mengenai ketirisan telefon pintar mercu keluaran Redmi bukanlah sesuatu yang baru, namun sebelum ini peranti yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855 ini tidak diketahui namanya.

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Lu Weibing selaku Pengurus Besar Redmi sendiri telah memuat naik satu status di laman Weibo dengan mengesahkan bahawa peranti misteri itu akan dikenali sebagai ‘Redmi K20’. Apa yang lebih menariknya, beliau turut memaklumkan bahawa siri K daripada Redmi akan difokuskan sebagai peranti mercu berprestasi tinggi, dan huruf ‘K’ merujuk kepada ‘Killer’.

Tidak cukup dengan itu, ada pengguna yang merupakan salah seorang penyumbang di portal SlashLeaks turut berkongsi ketirisan spesifikasi Redmi K20 di Twitter. Namun begitu, benar atau tidak pendedahan spesifikasi yang dikongsikan, kami sendiri tidak dapat pastikan kesahihannya.

Baca juga:

Peranti Redmi Dengan Snapdragon 855 Turut Sokong Storan 256GB Dan Fungsi ‘GPU Overclocking’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend