Model ‘Dummy’ iPhone X Plus Dan iPhone LCD 6.1 Inci Mula Dikongsikan Di Internet Comments Off on Model ‘Dummy’ iPhone X Plus Dan iPhone LCD 6.1 Inci Mula Dikongsikan Di Internet

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa Apple bakal menggunakan rekaan ikonik iPhone X yang diperkenalkan pada tahun 2017 yang lalu untuk ketiga-tiga model iPhone keluaran 2018 ini. Dengan rekaan skrin penuh yang memiliki takuk pada bahagian atas skrin, iPhone edisi 2018 ini dipercayai kelihatan mirip sama sahaja seperti generasi sebelumnya.

Baru-baru ini melalui laman sosial Twitter, pemilik akaun yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan iaitu Ben Geskin dilihat telah berkongsi beberapa keping gambar yang dipercayai model ‘dummy’ (model yang tidak berfungsi untuk tujuan pameran) iPhone X Plus dan juga iPhone LCD 6.1 inci.

Melalui perkongsian gambar tersebut, iPhone X Plus dengan sokongan paparan skrin 6.5 inci hadir dengan rekaan yang sama seperti iPhone X. Manakala iPhone LCD 6.1 inci pula menampilkan rekaan panel belakang yang mirip seperti iPhone 8 dengan sokongan satu lensa. Apa yang berbeza hanyalah kedudukan mikrofon dan juga LED Flash yang kini ditempatkan di bawah lensa berbanding kanan sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend