Mod Kamera ‘Nightscape’ Realme 3 Akan Turut Diperkenalkan Pada Model Realme Yang Lain Comments Off on Mod Kamera ‘Nightscape’ Realme 3 Akan Turut Diperkenalkan Pada Model Realme Yang Lain

Apabila dilancarkan secara rasmi, salah satu fungsi menarik yang disokong oleh Realme 3 adalah sokongan dwi kamera dengan mod penggambaran Chroma Boost untuk HDR yang lebih baik, dan juga Nightscape yang menjanjikan hasil gambar yang lebih terang di dalam persekitaran kurang cahaya.

Berbeza dengan sesetengah pengeluar yang menawarkan ciri baharu yang dieksklusifkan hanya untuk model terbaru keluarannya, Realme baru-baru ini telah mengesahkan bahawa fungsi Nightscape akan turut diperkenalkan pada model keluarannya sebelum ini. Mod Nightscape ini akan menggunakan bantuan AI dan juga pendedahan berbilang-bingkai bagi memastikan hasil gambar yang lebih terang.

Hasil gambar Realme 3 dengan menggunakan mod ‘Nightscape’:

Sungguhpun begitu, CEO Realme India iaitu Madhav Sheth tidak pula berkongsi bila kemas kini baharu dengan sokongan mod kamera Nightscape ini akan diberikan kepada model lama keluarannya. Menariknya Realme juga turut mengesahkan untuk memberikan kemas kini ColorOS 6.0 (Android 9.0 Pie) kepada semua peranti Realme dalam pertengahan pertama tahun 2019 ini.

Baca juga:

Realme 3 Dengan Skrin 6.2 Inci HD+, Android Pie Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend