MIUI 10 Global Beta Kini Mula Ditawarkan Untuk Peranti Xiaomi Terpilih Comments Off on MIUI 10 Global Beta Kini Mula Ditawarkan Untuk Peranti Xiaomi Terpilih

Jika sebelum ini Xiaomi telah mengumumkan senarai peranti keluarannya yang akan menerima kemas kini MIUI 10, baru-baru ini Xiaomi dilihat telah mula menawarkan ketersediaan kemas kini MIUI 10 Global Beta untuk peranti terpilih. Buat masa ini hanya empat model Xiaomi sahaja yang boleh menyokong kemas kini MIUI 10 Global Beta iaitu Mi MIX 2, Mi MIX 2S, Redmi S2, dan juga Redmi Note 5 / Redmi Note 5 pro.

Walaupun penawaran kemas kini MIUI 10 Global Beta ini hanya terhad untuk model tertentu sahaja, Xiaomi telah merancang untuk menyediakan versi terbaru ini untuk kebanyakan model keluarannya. Bahkan menurut Xiaomi, versi stabil MIUI terbaru ini akan mula diperkenalkan pada September 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend