MIUI 10 Beta Untuk Pocophone F1 Kini Tersedia Dengan Rakaman Video 960fps Dan Mod Super Low-Light 0 384

Dijual pada harga yang sangat kompetitif dengan sokongan spesifikasi yang terbaik di dalam kelasnya, Pocophone F1 telah berjaya membuka mata banyak pihak terutamanya pengguna yang nilai belian terbaik.

Tidak dinafikan lagi dari segi rekaan fizikal Pocophone F1 bukanlah yang terbaik, tetapi seiring dengan spesifikasi yang disokongnya, aspek perisian pada peranti ini juga tidak diabaikan. Melalui penawaran kemas kini MIUI 10 versi beta yang terbaru, pengguna Pocophone F1 kini sudah boleh menikmati pengalaman penggambaran yang terbaik setanding peranti yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

Melalui kemas kini beta versiĀ MIUI 10 8.12.4, Pocophone F1 berupaya menyokong dua fungsi penggambaran yang sangat menarik iaitu rakaman video gerak perlahan mencecah 960fps dan juga modĀ Super Low-light. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan POCO India iaitu Manmohan Chandolu melalui akaun Twitter rasminya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend