Miliki Vivo Y91C Atau OPPO A1K Pada Harga Hanya RM99 Dengan Pelan Pascabayar Celcom Xpax XP60 Comments Off on Miliki Vivo Y91C Atau OPPO A1K Pada Harga Hanya RM99 Dengan Pelan Pascabayar Celcom Xpax XP60 317

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Celcom telah meraikannya dengan menawarkan dua model telefon pintar pada harga istimewa dengan langganan pelan pascabayar XP60 daripada Celcom Xpax. Melalui langganan pelan pascabayar ini, pelanggan boleh memilih untuk memiliki Vivo Y91C ataupun OPPO A1K pada harga hanya RM99 sahaja.

Dengan komitmen bulanan sebanyak RM60 melalui langganan pelan pascabayar XP60 ini, anda akan menikmati data Internet berkelajuan tinggi bulanan sebanyak 10GB, panggilan percuma ke semua rangkaian tanpa had, dan juga percuma 100GB ‘Super Video Walla’ pada hari ulang tahun.

Sebagai rujukan, Vivo Y91C dan juga OPPO A1K dijual sudahpun mula dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga RM499. Untuk menikmati tawaran ini, anda boleh mengunjungi kedai Celcom yang sah di seluruh negara bermula hari ini.

Spesifikasi Vivo Y91C:

  • FunTouch OS 4.5 (Android 8.1 Oreo)
  • MediaTek Helio P22
  • 2GB + 32GB
  • 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13MP (f/2.2)
  • Kamera depan: 5MP (f/1.8)
  • 4030 mAh
  • WiFi 2.4GHz, Bluetooth 5.0, microUSB 2.0

Spesifikasi OPPO A1K:

  • ColorOS 6.0 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek Helio P22
  • 2GB + 32GB
  • 6.1 inci HD+ (1560 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 8MP (f/2.2)
  • Kamera depan: 5MP (f/2.0)
  • 4000 mAh
  • WiFi 2.4GHz, Bluetooth v4.2, microUSB 2.0
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend