Miliki Vivo Y15 2020 Pada Harga Hanya RM100 Apabila Anda Bertukar Ke Rangkaian redONE Comments Off on Miliki Vivo Y15 2020 Pada Harga Hanya RM100 Apabila Anda Bertukar Ke Rangkaian redONE

redONE Network Sdn Bhd hari ini telah melancarkan promosi menarik untuk pengguna pascabayar atau prabayar yang ingin bertukar ke rangkaian redONE (MNP), dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada.

Untuk tempoh terhad, pengguna rangkaian sedia ada yang bertukar ke rangkaian redONE dengan melanggan pelan redONE Postpaid Smart68+ boleh memiliki Vivo Y15 2020 pada harga hanya RM100 berbanding harga asal RM599.

Melalui langganan pelan redONE Postpaid Smart68+, pengguna akan menikmati kuota data 4G LTE sebesar 20GB, panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan juga servis tambah-nilai redVIDEO (YouTube, Netflix, iflix, viu dan banyak lagi).

Vivo Y15 2020 ditawarkan dalam 4GB + 64GB, bateri 5000mAh, kamera depan 16MP, tiga kamera utama beresolusi 13MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Depth), dan juga dioperasikan dengan Funtouch OS 9 (Android 9.0).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi redONE www.redone.com.my atau Facebook rasmi Vivo Malaysia di www.facebook.com/VivoMalaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend