Miliki Tetikus ‘TUF Gaming M5’ Secara Percuma Dengan Pembelian Model Terpilih ASUS TUF Gaming FX504 GTX1060 Comments Off on Miliki Tetikus ‘TUF Gaming M5’ Secara Percuma Dengan Pembelian Model Terpilih ASUS TUF Gaming FX504 GTX1060

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September nanti, ASUS Malaysia telah meraikannya dengan menawarkan promosi menarik dengan pembelian komputer riba gaming terpilih keluarannya. Dengan setiap pembelian ASUS TUF Gaming FX504 GTX1060 dari model FX504G-MEN039T dan FX504G-ME4308T, pembeli akan turut menerima tetikus TUF Gaming M5 bernilai RM239 secara percuma.

Bermula dari 1 September hingga 30 September 2018, pengguna boleh menikmati promosi ini dengan membeli salah satu daripada model komputer riba ASUS TUF Gaming terpilih ini daripada pengedar sah ASUS Malaysia di seluruh negara. Resit pembelian perlu disimpan dan pengguna dikehendaki mengisi borang dalam talian dan anda akan dihubungi dalam tempoh 14 hari bekerja melalui emel untuk pengesahan data dan resit.

Hadiah percuma berupa tetikus ASUS TUF Gaming M5 bernilai RM239 ini akan dihantar kepada pembeli selepas promosi tamat. Sebagai rujukan, ASUS TUF Gaming M5 ini menyokong sensor optikal 6200 dpi, kelajuan maksimum 220 ips, dan juga pecutan maksimum sehingga 30G. Selain itu, pembelian dua komputer riba terpilih ini juga akan turut menerima beg galas ASUS bernilai RM99 secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend