Miliki Peranti Realme Pada Harga Serendah RM349 Dan Speaker JBL Percuma – Lazada Mid Year Festival Comments Off on Miliki Peranti Realme Pada Harga Serendah RM349 Dan Speaker JBL Percuma – Lazada Mid Year Festival

Hari ini Realme Malaysia dan Lazada Malaysia telah mengumumkan kerjasama untuk mengadakan jualan pertengahan tahun secara eksklusif di Lazada bersempena ‘Lazada Mid Year Festival’. Bermula hari ini (8 Julai 2019) hingga 11 Julai 2019, anda boleh memiliki empat model Realme dengan diskaun menarik dan untuk model terpilih, anda akan turut menerima speaker JBL secara percuma.

Lebih istimewanya, anda juga boleh memiliki Realme C1 (2GB + 16GB) pada harga hanya RM349 melalui aktiviti ‘Chup Dulu’ dengan membuat deposit RM34.90. Sekiranya tidak terpilih untuk memilikinya pada harga tawaran tersebut, anda masih boleh memiliki peranti tersebut pada harga RM399 berbanding harga asal RM449.

Pembelian Realme 2 Pro (4GB + 64GB) yang sebelum ini dijual pada harga asal RM849, kini ditawarkan pada harga hanya RM499 dan setiap belian akan turut menerima jaminan waranti tambahan satu tahun melalui ‘Lazada Plus Care’. Jaminan ini termasuklah skrin retak, penggantian alat ganti, dan juga kerosakan.

Manakala untuk pembelian model baharu Realme 3 dan Realme 3 Pro, pengguna juga akan turut menerima speaker JBL secara percuma. Malah anda juga berpeluang memenangi baucar bernilai RM20 secara percuma apabila menyertai permainan LazGame di aplikasi Lazada.

Dapatkan diskaun dan hadiah percuma secara eklsusif hanya di Lazada:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend