Miliki Peranti Huawei Dan Dapatkan Pelbagai Hadiah Percuma Hebat Di Lazada – 16 Hingga 18 Januari 2019 Comments Off on Miliki Peranti Huawei Dan Dapatkan Pelbagai Hadiah Percuma Hebat Di Lazada – 16 Hingga 18 Januari 2019

Jika anda bercadang untuk memiliki peranti keluaran Huawei, bermula esok (16 Januari) hingga 18 Januari 2019, Huawei Flagship Store bakal mengadakan promosi jualan secara eksklusif di Lazada bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sepanjang tempoh promosi tersebut, pelbagai tawaran hebat akan diadakan kepada pembeli.

Pada hari pertama promosi iaitu 16 Januari (12 tengah malam – 2 pagi) dan 18 Januari (8 malam – 12 tengah malam), setiap pembelian siri Huawei Nova 3 dan juga siri Huawei Y akan menerima baucar tunai bernilai RM50. Pembeli hanya perlu memasukkan kod baucar ‘HUAWEICNY’ untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM50.

Sepanjang promosi selama tiga hari ini juga, setiap pembelian peranti Huawei seperti Huawei Nova 3i (RM1,099), Huawei Nova 3 (RM1,699), Huawei Mate 20 (RM2,799), Huawei Mate 20 X (RM3,199), Huawei Mate 20 Pro (RM3,599), Huawei MateBook D (RM2,999), dan Huawei MateBook X Pro (RM4,999) akan turut menerima pelbagai hadiah percuma yang sangat menarik.

Antara hadiah percuma yang ditawarkan termasuklah Huawei Color Band A2, Huawei Wireless Charger, Huawei Portable Bluetooth Speaker, Huawei QuickCharge Car Charger, Huawei Earphone, Huawei PowerBank, Huawei Tripod, Huawei M Pen, Huawei Wireless Mouse, Huawei Backpack, Huawei Wireless Earphone dan banyak lagi, bergantung kepada peranti yang dibeli.

  • Sertai promosi Huawei Chinese New Year Mega Sale → Lazada
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend