Miliki Komputer Riba ASUS/ROG/TUF Dan Menangi Hadiah Menarik Sempena Promosi ‘Nikmati Raya Bersama ASUS’ Comments Off on Miliki Komputer Riba ASUS/ROG/TUF Dan Menangi Hadiah Menarik Sempena Promosi ‘Nikmati Raya Bersama ASUS’

Bermula 20 Mei hingga 30 Jun 2019, ASUS Malaysia telah menganjurkan promosi istimewa – ‘Nikmati Raya Bersama ASUS’ dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pembelian komputer riba ASUS/ROG/TUF terpilih.

Untuk menikmati promosi ini, anda hanya perlu membuat pembelian komputer riba terpilih melalui penjual ASUS yang sah di seluruh negara dalam tempoh yang dinyatakan. Hantarkan butiran peribadi dan juga gambar invois atau resit yang dikeluarkan oleh penjual ASUS yang sah sebagai bukti pembelian di http://woobox.com/.

Pengumuman untuk penebusan hadiah akan diumumkan melalui saluran media sosial Facebook dan Instagram ASUS Malaysia, dan juga Facebook dan Instagram ROG Malaysia. Tarikh penebusan hadiah akan bermula pada 20 Mei 2019 (Isnin) hingga 30 Jun 2019 (Ahad).

Penebusan hadiah percuma:

  • Baucar membeli-belah AEON (bernilai RM60) – dengan setiap pembelian model komputer riba ASUS terpilih bernilai RM2,000 hingga RM3,999.
  • Speaker Bluetooth Sony (bernilai RM149) – dengan setiap pembelian model komputer riba ASUS terpilih bernilai RM4,000 dan ke atas.
  • Payung ROG (bernilai RM129) – dengan setiap pembelian model komputer riba ROG/TUF terpilih bernilai bawah RM5,000.
  • Jaket ROG Bomber (bernilai RM299) – dengan setiap pembelian model komputer riba ROG/TUF terpilih bernilai atas RM5,000.

Cabutan bertuah:

  • 12x baucar perjalanan bernilai RM1,000 setiap satu (2 pemenang setiap minggu) – dengan setiap pembelian model komputer riba ASUS/ROG/TUF tidak kira nilai beliannya.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend