Miliki Huawei P20 Pro Pearl White, Nova 3 Gold Dan Nova 3 Red Dengan Rebat Sehingga RM500 – Tempoh Terhad Comments Off on Miliki Huawei P20 Pro Pearl White, Nova 3 Gold Dan Nova 3 Red Dengan Rebat Sehingga RM500 – Tempoh Terhad

Jika anda bercadang untuk memiliki telefon pintar baharu, kini Huawei Malaysia melalui kerjasama dengan tiga jenama terkenal iaitu Astro, Digi dan Watsons, telah menganjurkan promosi hebat yang tidak patut dilepaskan. Untuk tempoh terhad yang bermula hari ini (1 Oktober 2018), pelanggan ketiga-tiga jenama itu boleh memiliki Huawei P20 Pro (Pearl White), Nova 3 (Primrose Gold) dan juga Nova 3 (Red) dengan rebat sehingga RM500.

Astro Circle x Huawei P20 Pro (Pearl White)

Bermula hari ini, pelanggan Astro boleh menebus rebat sebanyak RM200 dengan setiap pembelian Huawei P20 Pro dalam warna Pearl White dengan menggunakan hanya 200 Astro Circle Points. Penebusan e-baucar dengan kod kupon unik akan dihantar melalui emel, dan ia sah sehingga 5 Oktober. Setiap akaun Astro hanya boleh menebus maksimum 2 baucar dan setiap baucar terhad untuk satu peranti sahaja.

Beli Huawei P20 Pro Pearl White di >> https://shop.huawei.com/my/

Digi x Huawei Nova 3 (Primrose Gold)

Manakala untuk pelanggan Digi dengan pelan Platinum pula, anda juga layak untuk menebus rebat sebanyak RM500 bagi membuat pembelian Huawei Nova 3 dalam warna baharu Primrose Gold. Kini eksklusif untuk pelanggan Digi Platinum, anda boleh membeli model ini pada harga hanya RM1419 (harga asal RM1919). Promosi tempoh terhad ini bermula daripada 1 Oktober hingga 5 Oktober 2018 ini.

Beli Huawei Nova 3 Primrose Gold di >> https://shop.huawei.com/my/

Watsons x Huawei Nova 3 (Red)

Bagi pelanggan Watsons pula, anda juga boleh menikmati tawaran menarik untuk menebus rebat bernilai RM399 untuk memiliki Huawei Nova 3 dalam warna Red. Untuk mendapatkan baucar rebat yang akan dihantar melalui SMS, pelanggan yang memiliki kad keahlian Watsons VIP hanya perlu membuat perbelanjaan sebanyak RM180 dan ke atas di laman Watsons.com.my atau aplikasi Watsons daripada 1 Oktober hingga 10 Oktober 2018.

Penebusan rebat ini boleh dibuat pada 17 Oktober hingga 25 Oktober 2018 nanti dan promosi ini terhad untuk 400 pelanggan pertama sahaja. Promosi ini dibuat bersempena dengan karnival ‘Watsons 10.10 Online Salebration’.

Beli Huawei Nova 3 Red di >> https://shop.huawei.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend