Miliki Huawei Nova 3i Dengan Tawaran Menarik Dari Celcom, Digi Dan Maxis Comments Off on Miliki Huawei Nova 3i Dengan Tawaran Menarik Dari Celcom, Digi Dan Maxis

Huawei nova 3i sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga RM1,249 dan model terbaru dari Huawei ini telah berjaya mendapat sambutan hangat di dalam jerayawara (roadshow) yang diadakan di IOI City Mall pada minggu lepas. Jika anda berminat untuk memilikinya dengan nilai belian yang lebih menarik, kini anda boleh mendapatkannya melalui tiga telco utama di Malaysia.

Celcom

Anda kini boleh memiliki Huawei nova 3i secara PERCUMA apabila mendaftar dengan pelan Celcom Mobile Platinum pada harga RM148 sebulan. Apa yang lebih menariknya, pelanggan akan turut menikmati panggilan tanpa had dan juga data Internet 60GB secara percuma. Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga menerima akses VIP iflix tanpa had serta 100GB Super Video Walla.

Info lanjut: https://shop.celcom.com.my/device-detail/Huawei-Nova-3i

Digi

Dengan hanya RM1, anda boleh memiliki Huawei nova 3i dengan langganan pelan Digi Postpaid Plan 190 dan Digi Postpaid Plan 160. Melalui langganan pelan pascabayar ini, pengguna akan turut ditawarkan dengan panggilan tanpa had dan juga data Internet 100GB ataupun 70GB secara percuma. Malah Digi turut menawarkan data Internet 5GB + 60 minit masa panggilan secara percuma apabila anda berada di luar negara.

Kolaborasi antara Digi dan Huawei turut menjanjikan ganjaran menarik untuk pemilik baru Huawei nova 3i dengan tambahan data Internet 60GB secara percuma melalui kod promosi yang akan diberikan semasa pendaftaran.

Info lanjut: https://new.digi.com.my/smartphone/huawei-nova-3i

Maxis

Pelanggan Maxis juga berpeluang untuk memiliki Huawei nova 3i pada harga hanya RM1 apabila mereka mendaftar dengan MaxisONE Plan 158 (kontrak selama 24 bulan). Melalui langganan pelan pascabayar ini, pengguna akan menerima data Internet 50GB, SMS dan juga panggilan tanpa had secara percuma.

Walau bagaimanapun, agak mengecewakan kerana promosi yang ditawarkan ini hanya sah sehingga 28 Julai 2018 yang lalu sahaja.

Info lanjut: https://www.maxis.com.my/en/personal/plans/postpaid-plans/maxisone.html

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend