Miliki HUAWEI Mate 20 Pro Berharga RM1699 Dan Banyak Lagi Sempena ‘HUAWEI Super Sales 11.11’ Comments Off on Miliki HUAWEI Mate 20 Pro Berharga RM1699 Dan Banyak Lagi Sempena ‘HUAWEI Super Sales 11.11’ 229

Bagi meraikan jualan murah 11.11, HUAWEI Malaysia telah menganjurkan ‘HUAWEI Super Sales 11.11’ yang menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk tempoh satu hari sahaja pada 11 November 2019. Bermula 1 hingga 10 November ini, anda boleh mendapatkan baucar bernilai RM200 untuk membeli model terpilih seperti berikut:

  • HUAWEI Nova 4e – RM799 (RM999)
  • HUAWEI Nova 5T – RM1399 (RM1599)
  • HUAWEI Y9 Prime 2019 – RM699 (RM899)
  • HUAWEI Y7 Pro 2019 – RM399 (RM599)
  • HUAWEI P30 – RM2099 (RM2299)
  • HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) – bermula daripada RM3199 (RM3399)
  • HUAWEI P30 Pro (8GB + 512GB) – RM3699 (RM3899)
  • HUAWEI M5 Lite – RM1099 (RM1299)
  • HUAWEI T5 – RM699 (RM899)
  • HUAWEI MateBook D – RM2799 (RM2999)
  • HUAWEI MateBook 13″ i5 – RM3399 (RM3599)
  • HUAWEI MateBook X Pro i7 – RM6799 (RM6999)

This slideshow requires JavaScript.

Manakala pada 11 November 2019 (jam 12 pagi), HUAWEI turut menawarkan harga istimewa untuk tiga produk terpilihnya iaitu HUAWEI Mate 20 Pro yang dijual pada harga RM1699 (RM2599), HUAWEI Nova 3i berharga RM599 (RM799), dan juga HUAWEI Band 4 yang ditawarkan pada harga hanya RM89 (RM139).

Tidak cukup dengan itu, untuk sepanjang hari pada 11 November 2019 (jam 12 pagi hingga 11.59 malam), Huawei turut menawarkan enam produk terpilih pada harga yang sangat murah. Namun begitu, setiap produk hanya ditawarkan dalam kuantiti yang terhad dan akan ditawarkan untuk tempoh masa yang ditetapkan seperti berikut:

  • HUAWEI P30 (8GB + 128GB) – RM1111 (RM2299) → 11 unit, 12 pagi
  • HUAWEI CM510 – RM111 (RM198) → 50 unit, 2 pagi
  • HUAWEI Nova 4e (6GB + 128GB) – RM611 (RM999) → 11 unit, 4 pagi
  • HUAWEI AM61 Bluetooth Earphone – RM111 (RM205) → 30 unit, 6 pagi
  • HUAWEI Y5 2019 (2GB + 32GB) – RM311 (RM399) → 10 unit, 8 pagi
  • HUAWEI Nova 4 (8GB + 128GB) – RM1111 (RM1699) → 100 unit, 10 pagi

Malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori yang akan dijual pada harga RM11 sepanjang 11 November 2019. Antara aksesori yang boleh dimiliki termasuklah HUAWEI AP32 QuickCharge Wall Charger (Type-C), HUAWEI AP81 SuperCharge Wall Charger, HUAWEI AP31 Quick Car Charger, dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend